? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Mujahidah Solehah =)

Mujahidah Solehah =)

lOVE AllAh n RasUlullAh

jAnGAn lUpe ye SaHabaT!!!!

Saturday, July 9, 2011

Doktor Hati~~

Bismillahirrahmanirrahim...
HATI...hati-hati jika hati itu tidak dijaga, kerana hati yang tidak dijaga akan dihinggapi penyakit yang merbahaya yang bisa mengundang musibah kepada kita. Hal ini sama analoginya dengan tubuh badan yang telah Allah kurniakan kepada kita,  jika kita tidak menjaga dan merawatnya dengan sebaiknya maka kita pasti akan terkena penyakit-penyakit yang berbahaya seperti penyakit tiga serangkai. Na'uzubillah..Sahabat sekalian, mengapa pada entry kali ini saya ingin berkongsi mengenai hati?? Jawapannya mudah sahaja kerana HATI merupakan suatu organ yang sangat penting kepada setiap manusia. Tanpa hati maka meranalah diri..Tetapi adakah kita sedar akan tahap kesihatan hati kita? Adakah ia berfungsi dengan baik dan sempurna? Adakah ia sakit dan tidak boleh digunakan? Atau adakah ia telah dihinggapi penyakit-penyakit berbahaya yang akan merosakkan seluruh diri kita? Tidak perlulah saya menjawabnya kerana saya sangat yakin sahabat-sahabat adalah orang yang sangat bijak dan mampu berfikir dan juga mampu menganalisa sendiri di tahap apakah keadaan hati kita yang sebenarnya. Sahabat sekalian, Rasulullah bersabda di dalam hadithnya:
"Di dalam diri manusia ada seketul daging, jika daging itu  baik, maka baiklah seluruh anggota lahir manusia. Jika seketul daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota lahir manusia itu. Itulah dia hati."

Daripada hadith ini dapat dilihat bahawa organ hati itu sangat penting fungsinya, jika organ hati itu rosak, maka kita juga akan rosak dan musnah. Itu adalah daripada kefahaman kita semata. Namun jika dilihat dan dianalisa dengan lebih mendalam, hadith ini menyebut mengenai keadaan hati itu. Lebih mudah saya nyatakan seperti ini:
" Jika baik hati itu, maka baiklah seluruh sifat dan diri kita, tetapi jika buruklah hati itu, maka akan buruklah sifat dan diri kita."

Hal ini bermaksud bahawa hati ini yang akan menentukan hala tuju kita yang sebenarnya. Sama ada membawa kita kepada kebaikan atau keburukan. Di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali, kecenderungan dan kemahuan hati ialah mencintai Allah, mengenal Allah dan beribadah kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala  yakni membawa kita ke arah kebaikan, mendorong kita kepada melakukan perkara-perkara yang mahmudah bukan mazmumah. Semua bentuk kemahuan dan kecenderungan hati ini adalah sifat semula jadi manusia yang juga merupakan perintah Allah. Sahabat sekalian, cuba kita renungkan ke arah manakah kecenderungan hati kita? Adakah ke arah kebaikan? Atau keburukan? Jika hati kita lebih cenderung menghala ke arah kebaikan maka ucapkanlah alhamdulillah kerana hati kita telah mengikut fitrah kemahuannya yang sebenar, namun jika hati kita lebih berkecenderungan ke arah keburukan maka janganlah bersedih kerana masih belum terlambat untuk kita memimpin hati kita untuk mengikut fitrah kemahuannya yang sebenar. Firman Allah dalam surah Al-Hadid : 21

57:21

Maksudnya:
" Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapat) keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar."

Selagi kita masih bernafas, selagi itulah peluang dan waktu masih ada untuk kita memimpin hati kita dengan penuh kelembutan ke arah fitrahnya. Hati juga sama seperti kita manusia, tidak suka dipaksa-paksa, namun  jika tidak dipaksa akan memudaratkan, maka paksalah dengan penuh kelembutan dan hindarilah daripada memaksa dengan menggunakan kekerasan kerana melakukan sesuatu perkara atas dasar keterpaksaan pasti akan mendatangkan mudarat dan musibah kepada kita. Sifat yang baik (mahmudah) datangnya daripada hati yang baik, manakala sifat yang buruk dan tercela (mazmumah) datangnya daripada hati yang kotor. Sudah terang lagi bersuluh, bahawa sifat-sifat yang terpuji itu datangnya daripada hati yang baik dan bersih. Jika sifat ini baik, maka anggota kita seperti mata akan memandang perkara-perkara yang dibenarkan syariat, lidah akan memperkatakan sesuatu yang hak dan kaki akan menghalakan kepada jalan-jalan kebaikan. Namun jika hati kita kotor, penuh dengan karat-karat yang mencacatkan, maka hati itu akan membawa dan menghalakan anggota lahir kita seperti mata,kaki, tangan,mulut dan telinga ke arah kejahatan. Dan setiap kejahatan itu adalah dimurkai Allah. Jika Allah sudah murka, peluang kita memasuki syurga pada awalnya terbentang luas, kini menjadi sangat sempit sehinggakan bau syurga itu juga tidak akan dapat kita hidu. Na'uzubillah...Semoga kita tidak tergolong di dalam golongan ini...
Firman Allah dalam surah Al-Haj : 14


22:14

Maksudnya:
" Sesungguhnya Allah memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga-syurga yang di bawahnya sungai-sungai. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki."

Sahabat sekalian, Allah tidak menilai sesorang itu melalui rupa parasnya namun Allah menilai melaui ketaqwaan dan keimanannya. Allah yang akan memilih untuk memasukkan kita ke dalam syurga-Nya atau neraka-Nya, jadi jika kita mahukan syurga maka marilah bermula daripada detik ini kita bersama-sama melakukan perkara-perkara yang mahmudah agar hati kita tidak dijangkiti penyakit atau virus yang berbahaya yang akan memudaratkan diri kita. Tetapi sahabat, perkara utama yang perlu kita ingat adalah kita perlu membersihkan hati kita dahulu, buang semua kotoran-kotoran yang melekat di atasnya. Bagaimana caranya?? Mari kita lihat hadith Rasulullah ini...

Sabda Rasulullah S.A.W:
" Bahawa hati itu berkarat seperti karatnya besi, lalu orang bertanya, "Wahai Rasulullah bagaimana membersihkannya?" Rasulullah menjawab."...membaca Al-Quran dan mengingati mati."

Mudah jawapannya hanya dengan membaca Al-Quran dan mengingati mati sahaja kita akan dapat membersihkan hati kita tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak serta membazirkan waktu dan tenaga kita. Islam itu benar-benar mudah sahabat!! Jadi apa yang perlu kita tunggu lagi, jawapan dah ada marilah sama-sama kita membersihkan hati kita...


  

Sunday, February 13, 2011

~Erti Hidup~

Dalam tak sedar, sudah lama ruangan ini tidak dicoret...maafkan diriku wahai sahabat-sahabat..niat di hati ingin menulis namun terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan...sekali lagi saya menghulurkan kemaafan kepada sahabat-sahabat..
Sahabat, setelah sekian lama saya tidak menulis, hari ini saya ingin berkongsi dengan sahabat mengenai kehidupan...Apa itu kehidupan??Pasti sahabat2 sudah mengetahui dan telah memahami sedalam-dalamnya erti kehidupan...namun pada hari ini saya ingin mengajak sahabat untuk berfikir sejenak mengenai sisi-sisi yang ada dalam kehidupan...setiap insan di dunia ini pasti mengharapkan kehidupan yang sempurna dan kehidupan yang dipenuhi dengan memori2 yang indah dan penuh dengan ketenangan tanpa menghadapi sebarang masalah atau menghadapi perkara-perkara yang kadangkala tidak dapat kita bayangkan kita akan menghadapinya. Namun tidak semua yang kita mahukan atau impikan akan kita peroleh kerana barangkali  apa yang kita inginkan itu mungkin tidak sesuai dan tidak baik untuk diri kita. Kita mempunyai Pencipta iaitu Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik dan tidak baik untuk kita. Contohnya, seorang anak yang meminta Playstation daripada kedua orang tuanya pasti mengharpkan agar kedua ibu bapanya membelikan permainan itu untuknya, bagi konteks seorang pelajar yang mahukan kejayaan pasti mengharapkan agar dia mendapat kejayaan itu, dan dalam konteks seorang insan pasti kita mahu mendapatkan setiap perkara yang kita inginkan..tidak kira dari aspek material, pelajaran dan juga kerjaya. Hal ini kerana, lumrah seorang insan itu yang sentiasa menginginkan kesempurnaan dan sentiasa mempunyai keinginan yang membatasi keperluan. Cuba sahabat-sahabat renung di dalam hidup sahabat2 yang mungkin sudah berbelas tahun hidup atau yang sudah berpuluh tahun hidup..(psti msih belum beratus2 tahun)...cuba kita renung sedalam-dalamnya adakah selama kita hidup, kita sudah dapat segala yang kita inginkan??menurut saya, walau selama mana pun kita hidup tidak semua keinginan kita akan dapat dipenuhi, tidak semua cita-cita kita akan tercapai.. andai kata sahabat-sahabat akan menjadi jutawan suatu hari nanti di mana pada waktu itu duit dalam akaun bank sahabat mungkin mencecah jutaan ringgit, namun suatu yang pasti ialah tentu sahaja ada impian dan cita-cita yang sahabat ingin capai tidak mampu atau dapat tercapai. Hal itulah yang dinamakan kehidupan...Kehidupan ini umpama roda yang kadangkala kita berada di atas dan kadangkala kita berada di bawah dn begitulah roda kehidupan kita berpusing sehinggalah nadi berhenti berdetik, paru-paru berhenti bernafas dan jantung berhenti mengepam barulah roda itu juga akan berhenti berpusing. Tatkala itu, semua kehidupan itu sudah tidak bermakna lagi buat seorang yang bergelar insan. Kepentingan kita pada waktu itu ialah amal yang akan dihisab...kerana itu saya ingin mengajak sahabat-sahabat renung kembali apa yang sebenarnya ingin sahabat-sahabat capai dalam kehidupan...??apa sebenarnya tujuan utama atau perkara utama yang sebenarnya sahabat inginkan....apa?apa?apa?tidak perlulah saya menyatakannya kerana saya pasti sahabat-sahabat lebih mengetahui apa yang sahabat-sahabat inginkan....Pendapat saya, perkara utama yang seharusnya kita ingin capai ialah keredhaan Allah Subhanahu Wata'ala dan kemudian barulah perkara-perkara yang lain kerana keredhaan Allah merupakan suatu perkara yang mudah dan sudah pasti kita akan mendapatnya berbanding perkara2 lain. Mengapa saya mengatakan ianya mudah untuk dicapai?keredhaan Allah merupakan perkara yang sangat2 diharapkan oleh setiap insan yang beriman kepada-Nya, cuba kita lihat kisah para Sahabat yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah melebihi daripada perkara lain. Kita ambil kisah Khalifah Umar Abdul Aziz yang mempunyai kekayaan yang banyak namun kemudiannya tidak menggunakan walau satu sen pun kekayaannya untuk kepetingan dirinya dan keluarganya semata-mata..Setiap kekayaannya dikongsi bersama rakyat dan Khalifah Umar Abdul Aziz sangat mementingkan kebajikan rakyatnya. Di samping itu, beliau mengharapkan keredhaan Allah dan tidak mahu kekayaannya itu akan melalaikannya. Subhanallah!!! Betapa hebatnya Khalifah Umar Abdul Aziz ini yang sanggup meninggalkan kekayaannya demi mengharapkan keredhaan Allah...Sahabat, terdapat pelbagai jalan mudah untuk mendapat keredhaan Allah. Bagi seorang anak, hanya perlu menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa menggembirakan mereka dan mendapat keredhaan mereka maka anak itu dengan mudahnya akan mendapat keredhaan Allah. Di dalam hadis ada menyatakan bahawa redha Allah terletak pada redha ibu bapa. Seorang pelajar pula hanya perlu menuntut ilmu yang bermanfaat, bersungguh2 dan mestilah diniatkan kerana Allah dan bukan atas sebab lain, maka akan mendapat keredhaan Allah. Jadi sahabat-sahabat yang sangat saya kasihi, marilah kita mengutamakan keredhaan Allah lebih daripada perkara yang lain kerana dengan mendapat keredhaan Allah maka segala yang kita impi dan inginkan dalam kehidupan akan tercapai...InsyaAllah..
Wallahu'alam.







Tlg ksi makan ye..syukran =)