? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Mujahidah Solehah =)

Mujahidah Solehah =)

lOVE AllAh n RasUlullAh

jAnGAn lUpe ye SaHabaT!!!!

Sunday, December 13, 2009

Setiap yang Berlaku Pasti Ada Hikmahnya

Bismillahirrahmanirrahim....
Salam pertemuan kepada sume sahabat-sahabat seperjuangan.Hari ini saya ingin berkongsi kepada anda mengenai sesuatu yang biasa anda dengar iaitu 'sakit'.Pasti anda tertanya-tanya mengapa saya mahu mengupas mengenai sesuatu yang sudah biasa dan ia juga turut anda alami dalam kehidupan.Namun sebenarnya saya ingin membuat anda meneroka dengan lebih dalam lagi mengenai kalimah 'sakit' ini.Apa itu sakit??Tidak perlulah saya menghuraikannya krn pasti anda sudah mengetahuinya.Hakikatnya,semua insan akan merasai sakit.Ada yang sakit biasa dan sakit yang memudaratkan,tetapi pernahkah kita terfikir kenapa kita diberi sakit,dan mengapa kita ditimpa penyakit.....

Pasti kita sering terlupa untuk memikirkannya,kerana apabila kita sakit pasti kita akan mengeluh dan bertanya "kenapa aku yang sakit? Kenapa bukan orang lain?Ini adalah soalan biasa yang akan keluar apabila kita ditimpa sebarang kesakitan.Seperti yang kita ketahui,sekarang negara sedang dilanda suatu virus yang dipanggil H1N1 atau lebih dikenali sebagai 'selsema babi',dan ada di kalangan kita yang telah dijangkiti dan mereka tidak mampu berbuat apa-apa melainkan menunggu waktu untuk bertemu dengan Pencipta sahaja.Pasti di sudut hati kecil mereka akan melontarkan pertanyaan sebegitu tidak kurang juga ada yang menganggap bahawa Pencipta mereka sudah tidak menyayangi mereka,kerana itulah mereka diberi musibah yang berat ini..Nauzubillah...

Janganlah sampai ada di antara kita yang buruk sangka terhadap Allah yakni Pencipta kita.Cuba dalam saat kegetiran itu kita mengambil ruang dan memuhasabah kembali diri kita,kenapa kita yang dipilih Allah untuk menerima dugaan ini?Cuba kita selami hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku kepada kita.Pasti ada hikmah yang indah di sebalik perkara yang berlaku kepada kita.Al-Quran sendiri telah menerangkan kepada kita hikmah-hikmahnya,cuma kita sahaja yang tidak tergerak untuk mencari,menghayati dan mengaplikasikannya dalam kehidupan kita.





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Seperti yang terdapat dalam surah Al-Baqarah ayat 286:

286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir".

Dalam ayat ini telah menerangkan sejelas-jelasnya bahawa setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.Cuba kita lihat ayat "Allah tidak memberati seseorang melainkan yang terdaya olehnya.Maka segala dugaan dan ujian yang diberikan Allah kepada kita adalah kerana Allah yakin dan tahu bahawa kita mampu menghadapinya.Jika dilihat kesusahan dan kesakitan yang kita alami itu tidaklah sesusah dan sesakit seorang ulama ahli hadis dan fiqah di Madinah daripada kalangan tabi'in.Beliau adalah 'Urwah,yang merupakan putera pasangan dua orang sahabat Nabi S.A.W yang sangat terkenal iaitu Zubair bin al-'Awwam dan isterinya Asma' binti Abu Bakar al-Siddiq.Perkara ini berlaku ketika Khalifah Walid bin Abdul Malik mengundang beliau untuk datang ke istananya di Syam.Dalam perjalanan,'Urwah merasakan sesuatu terjadi di kakinya.Tidak lama kemudian,timbul bisul di kakinya yang pecah dan menjadi luka Setibanya beliau di Syam,Khalifah telah mengarahkan seorang tabib untuk memeriksa luka tersebut.Tabib itu mengatakan bahawa luka itu merupakan suatu jangkitan yang jika tidak dihentikan segera ia akan merebak ke seluruh badan.Dan satu-satunya cara untuk menyembuhkannya adalah dengan memotong kaki tersebut!Jika kita yang berada dalam situasi pasti kita menangis dan meratap serta ada yang boleh menjadi gila kerana tidak mampu menerima kenyataan ,mana mungkin kita boleh hidup menggunakan satu kaki sahaja.Kaki merupakan anggota yang sangat penting dalam menjalani kehidupan kita.Pasti kita akan merayu kepada doktor agar tidak memotong kaki kita.Tetapi hal ini sangat berlainan dengan 'Urwah.Beliau dengan rela bersetuju kakinya dipotong dan apabila tabib menyuruhnya meminum ubat bius,'Urwah menolak kerana beliau ingin tetap berada dalam kesedaran sehingga dapat mengingat Allah meskipun harus merasakan kepedihan yang sangat menyeksakan..Subhanallah!!!!Betapa hebatnya beliau sehingga saat kaki mahu dipotong pun beliau masih mahu mengingat Allah.Subhanallah,hebat sungguh tokoh ini.Akhirnya tabib memotong kakinya dengan gergaji,sementara 'Urwah dengan penuh kesabaran menyaksikan hal itu tanpa mengeluarkan suara kesakitan.Masyaaallah!!Tinggi sekali iman dan tahap keredhaan 'Urwah.Betapa tokoh besar ini masih dapat menemui alasan untuk memuji Allah biarpun mengalami musibah yang sangat memeritkan.Mampukah kita menjadi seperti tokoh ini?Tepuk dada tanya iman.....

"...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(Surah Yusuf:12)

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui."
( Surah Al-Baqarah:216)

Akhir kalam,

*Marilah sama-sama kita mencari dan menyelongkar hikmah-hikmah yang terdapat di sebalik segala kesakitan dan kesusahan yang kita alami.

*Marilah kita bermuhasabah dan memperbaiki kembali diri kita ini yang sering kali bersangka buruk dan mempersoalkan sesuatu yang bukan urusan kita tetapi urusan Allah.

*Janganlah sesekali kita bersangka buruk dengan Allah kerana Allah lebih mengetahui apa yang baik dan buruk untuk kita.

Wallahualam....




Friday, December 11, 2009

Hidup Untuk Memberi

Setelah sekian lame tidak meng'update' blog ini saya ingin memulakan kembali perkongsian ilmu saya dengan berkongsi bersama sahabat-sahabat mengenai satu artikel yang saya baca dalam sebuah majalah yang bertajuk "HIDUP UNTUK MEMBERI".Saya sangat tertarik dngan tajuk ini kerana artikel ini banyak kaitannya dengan kehidupan kita sebagai seorang manusia.Ramai orang yang gagal dalam hidup kerana hanya mementingkan bagaimana untuk mendapatkan,berbanding bagaimana untuk memberi.Hal ini sememangnya berlaku dalam kehidupan kita.Seringkali kita berasa takut untuk memberi kerana pd tanggapan kita memberi akan mengurangkan.Ini sama sekali bertentangan dengan sifat Rasulullah S.AW.Baginda merupakan seorang manusia yang paling banyak memberi.Bahkan salah satu sifat wajib Rasulullah ialah tabligh,yakni menyampaikan.Sifat tabligh ini sgt berkait rapat dengan memberi,seperti yang kita tahu apabila turun sahaja wahyu dari Allah Subhanahu Ta'ala maka Rasulullah akan terus menyampaikan wahyu itu kepada umatnya.Baginda terus mnyampaikannya dan tidak sekali pun menyembunyikan utk kepentingan dirinya.Hal ini dapat dilihat sangat berbeza dengan masyarakat kita yang tidak suka memberi tidak kira sama ada dari aspek ilmu dan material.
Di samping itu,Rasulullah tidak hanya mmberi sewaktu senang,tetapi sewaktu susah juga Bainda tetap memberi.Seperti hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang mengatakan Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Tidak berlalu hari-hari yang tatkala manusia memulakan pekerjaan melainkan turun dua malaikat yang satu malaikat berdoa,
"Ya Allah,berilah ganti kepada orang yang membelanjakan (mendermakan atau mensedekahkan) hartanya.'Sedangkan malaikat yang kedua berdoa,
"Ya Allah,binasakanlah harta orang yang bakhil."

Melalui hadith ini sudah pasti kita ingin malaikat mendoakan kit seperti doa malaikat yang pertama,dan sudah tentu kita tidak mahu doa yang dibacakan oleh malaikat yang kedua.Jadi kita seharusnya meringankan diri kita dan tidak berat hati untuk memberi atau bersedekah kepada yang memerlukan bagi mengelakkan kita dicop bakhil oleh Allah.

Sabda Rasulullah:
"Orang yang pemurah itu dekat dengan Allah,dekat dengan manusia dan jauh daripada api neraka.Orang yang kedekut itu jauh daripada Allah,jauh dariada manusia dan dekat dengan neraka.Sesungguhnya orang yang bodoh itu lebih disayangi Allah daripada seorang abid yang bakhil.
(Riwayat Al-Tirmizi)
Marilah sama-sama kita menjadi orang yang hidup untuk memberi....
Wallahualam...

Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah...
bersyukur ke hadrat Ilahi krn dgn berkat dan kurnia-Nya,saya masih dpt menulis disini...
Sebelumnya,saya ingin meminta maaf kpd sahabat-sahabat krn sudah lme x meng'update' blog ni krn mengalami beberapa msalah teknikal yng tidak dpt dielakkan...
tapi dengan izin Allah dpt juga masalah ini diatasi sepenuhnya...
saya yakin segalanya kerana atas niat ingin berkongsi ilmu maka Allah melancarkan urusan saya...
Alhamdulillah wa syukur lillah...(">)
seperti hadith yang berbunyi :
"sesungguhnya sesuatu perkara itu hendaklah dimulakann dengan niat"

InsyaAllah jika kita mempunyai niat yang baik maka pasti Allah akan mempermudah urusan kita....

Friday, June 26, 2009

Peringatan Buat Muslimah-Muslimah


Kisah ini sebagai peringatan dan pengajaran kepada muslimah-muslimah bahawa azab Allah itu benar.Semoga kita akan mendapat 'ibrah dan 'izoh dr kisah ini...Sama-samalah kita renungi.....
Kisah ini berlaku di Makkah al-Mukarramah...

Ianya berlaku kepada seorang wa nita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wa nita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, seg alan ya berj alan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wa nita terbabit.

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wa nita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabk an mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wa nita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wa nita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wa nita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wa nita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wa nita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wa nita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wa nita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wa nita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. M alan gnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wa nita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata
doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wa nita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wa nita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wa nita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan.. kakak taubat dah
Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wa nita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua am alan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.

Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang kakak pergi haji ini?"

"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wa nita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.

"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wa nita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. " sambil bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa besar.

Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga. Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wa nita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wa nita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik am alan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhirat kelak. Alhamdulillah, wa nita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wa nita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wa nita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wa nita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wa nita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.
Kakak betul- betul bertaubat."

Wa nita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wa nita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wa nita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."

"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."

"Kakak ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah
bawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wa nita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wa nita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,
syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... " itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Wallahualam.

Hadith

Dalam sepotong ayat dan sepotong hadis ada menerangkannya:

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."
(Hadith riwayat Az-Zahabi dalam Al-Kabair.)

Saturday, June 6, 2009

Hikmah Salam


glitter-graphics.com

Hadis yang diriwayatkan oleh Umar bin Husain r.a. menceriterakan bahwa: 'Seorang lelaki mendatangi Rasulullah SAW seraya mengucapkan salam Assalamu `alaikum, lalu Rasulullah menjawabnya. Kemudian lelaki itu duduk, dan Rasulullah kemudian berkata kepadanya, engkau mendapat sepuluh (pahala). Tak lama kemudian datang seorang lelaki lain dan mengucapkan salam Assalamu `alaikum warahmatullah, dan Rasulullah juga menjawabnya. Setelah lelaki itu duduk, Rasulullah berkata kepadanya; engkau memperoleh duapuluh (pahala). Kemudian datang lagi seorang lelaki dan mengucapkan salam Assalamu `alaikum warahmatullahi wa barakatuh, dan Rasulullah menjawabnya pula. Setelah lelaki terakhir itu mengambil tempat duduk, Rasulullah berkata kepadanya, engkau memperoleh tigapuluh (pahala)'. (HR. Abu Daud, Tirmizi dan Nasai dengan sanad yang kuat)

Saturday, May 30, 2009

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA


Antara MAZMUMAH utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Jadi,sama-samalah kita sentiasa ingat - mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.
Wallahualam"

Tanda Cinta



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Tanda seseorang itu mencintai ALLAH ialah dia beriman kepada ALLAH,bertaqwa,berkorban untuk-Nya dengan melakukan kebajikan,sabar ,bertaubat,mambantu kerja-kerja menegakkan agama,melakukan ibadah-ibadah sunat.Dia berkasih sayang sesama manusia dan saling bersilaturrrahim kerana ALLAH,dengan menjaga batas-batasnya,saling memberi kerana ALLAH demi keredhaan-Nya.Tidak kerana yang lain.ALLAH melimpahkan kecintaan-Nya dan menempatkan orang-orang yang dicintai-Nya itu pada kedudukan yang tinggi dan mulia di akhirat,ALLAH isytiharkan cinta-Nya di dalam AL-QURAN kepada orang-orang yang sungguh-sungguh beribadah,berbuat kebaikan dan berakhlak mulia.

ALLAH berfirman :
"Sesungguhnya ALLAH mencintai orang-orang yang sabar."
(Surah Ali Imran.Ayat :146)

"Dan ALLAH mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan."
(Surah Ali Imran.Ayat :134)

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang menyucikan diri"
(Surah Al-Baqarah.Ayat :222)

UNTUNGNYA ORANG YANG BERCINTA.
Beruntunglah orang yang bercinta dengan ALLAH kerana mendapat perhatian,cinta dan kasih sayang-Nya.Istimewanya orang yang bercinta dengan ALLAH dan mendapat balasan cinta-Nya,seluruh langit dan bumi akan turut mencintai-Nya.

Aku Sebagai Serikandi


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




AKU SEBAGAI SERIKANDI......

DIRI INI ADALAH HAMBA,

MENGIKAT JANJI SETIA 'ALASTU BI RABBIKUM?"QAALU,BALA SHAHIDNA"

DIRI INI TERBENTUK DARI SETITIS AIR YANG HINA,

TERPILIH DI KALANGAN BERJUTA.

DIRI INI LAHIR KE DUNIA,

TANPA TAHU MENULIS DAN MEMBACA.DIRI INI PUNYA TANGGUNGJAWAB SEBAGAI KAKAK,

MAHUPUN ADIK DI KALANGAN SAUDARANYA.

DIRI INI MENUNTUT ILMU UNTUK AGAMA DAN BANGSA,

DIGELAR MAHASISWA.

DIRI INI ADALAH SAHABAT,

CERMIN BUAT RAKAN-RAKAN DI SEKELILINGNYA.

Taqwa Seorang Muslimah

Sekadar renungan buat semua insan yang bergelar MUSLIMAH

*Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah.Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah.Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihi-Nya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmati-Nya.

*Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa.Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan,cubaan dan ujian.

*Kekuasaan taqwa ini pula adalah kemuliaan yang diberikan oleh A;;ah S.W.T sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s.Sekuat-kuat lelaki,kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya lahir dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia,kemudian melatih,mendidik,memelihara dari kecil hingga dewasa.

*Kemuliaan perempuan akan lebih nyata,jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak ke atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah S.A.W :
"Perempuan yang taat kepada suaminya,semua burung di udara,ikan di air,malaikat di langit,matahari dan bulan,semuanya akan beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya serta menjaga solat dan puasanya.

Wahai MUSLIMAH SOLEHAH,
"SEBAIK-BAIK HIASAN DUNIA IALAH WANITA SOLEHAH"

Muslimah yang diredhai dan diberkati Allah,
Mengapa perlu takut dan berasa terhina menjadi seorang perempuan,kerana seorang perempuan yang solehah merupakan permata yang sangat indah serta tidak ternilai harganya.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

My Blog.....

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah syukur nikmat kepada Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya
dapat ana membuat sebuah UJANA ilmu di sini...
UJANA ini akan ana himpunkan dengan ilmu yang bermanfaat yang akan ana kongsikan
bersama sahabat-sahabat sekalian....
Semoga dengan terwujudnya UJANA ini dapat kita semua sebagai hamba Allah yang hina
dan kerdil dapat berkongsi semua ilmu ini agar kita akan sentiasa dapat bermuhasabah diri....InsyaAllah....
Akhir Kalam,
Hikam Bahasa Arab ada mengatakan...
al'ilmu bila 'amalin kasyyajar bila samarin...
Wallahualam...