? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Mujahidah Solehah =)

Mujahidah Solehah =)

lOVE AllAh n RasUlullAh

jAnGAn lUpe ye SaHabaT!!!!

Friday, December 11, 2009

Hidup Untuk Memberi

Setelah sekian lame tidak meng'update' blog ini saya ingin memulakan kembali perkongsian ilmu saya dengan berkongsi bersama sahabat-sahabat mengenai satu artikel yang saya baca dalam sebuah majalah yang bertajuk "HIDUP UNTUK MEMBERI".Saya sangat tertarik dngan tajuk ini kerana artikel ini banyak kaitannya dengan kehidupan kita sebagai seorang manusia.Ramai orang yang gagal dalam hidup kerana hanya mementingkan bagaimana untuk mendapatkan,berbanding bagaimana untuk memberi.Hal ini sememangnya berlaku dalam kehidupan kita.Seringkali kita berasa takut untuk memberi kerana pd tanggapan kita memberi akan mengurangkan.Ini sama sekali bertentangan dengan sifat Rasulullah S.AW.Baginda merupakan seorang manusia yang paling banyak memberi.Bahkan salah satu sifat wajib Rasulullah ialah tabligh,yakni menyampaikan.Sifat tabligh ini sgt berkait rapat dengan memberi,seperti yang kita tahu apabila turun sahaja wahyu dari Allah Subhanahu Ta'ala maka Rasulullah akan terus menyampaikan wahyu itu kepada umatnya.Baginda terus mnyampaikannya dan tidak sekali pun menyembunyikan utk kepentingan dirinya.Hal ini dapat dilihat sangat berbeza dengan masyarakat kita yang tidak suka memberi tidak kira sama ada dari aspek ilmu dan material.
Di samping itu,Rasulullah tidak hanya mmberi sewaktu senang,tetapi sewaktu susah juga Bainda tetap memberi.Seperti hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang mengatakan Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

"Tidak berlalu hari-hari yang tatkala manusia memulakan pekerjaan melainkan turun dua malaikat yang satu malaikat berdoa,
"Ya Allah,berilah ganti kepada orang yang membelanjakan (mendermakan atau mensedekahkan) hartanya.'Sedangkan malaikat yang kedua berdoa,
"Ya Allah,binasakanlah harta orang yang bakhil."

Melalui hadith ini sudah pasti kita ingin malaikat mendoakan kit seperti doa malaikat yang pertama,dan sudah tentu kita tidak mahu doa yang dibacakan oleh malaikat yang kedua.Jadi kita seharusnya meringankan diri kita dan tidak berat hati untuk memberi atau bersedekah kepada yang memerlukan bagi mengelakkan kita dicop bakhil oleh Allah.

Sabda Rasulullah:
"Orang yang pemurah itu dekat dengan Allah,dekat dengan manusia dan jauh daripada api neraka.Orang yang kedekut itu jauh daripada Allah,jauh dariada manusia dan dekat dengan neraka.Sesungguhnya orang yang bodoh itu lebih disayangi Allah daripada seorang abid yang bakhil.
(Riwayat Al-Tirmizi)
Marilah sama-sama kita menjadi orang yang hidup untuk memberi....
Wallahualam...

2 comments:

  1. ni la tajuk khutbah jumaat lepas dekat surau multimedia University..entah la napa diri ini pon rasa berat nak memberi..Insya Allah lepas ni nak jadi pemurah cket!..:)

    ReplyDelete
  2. الحمدلله
    bagus la klo niat saudara hafiz ingin berubah ...
    sememangnya kita seringkali berhadapan dengan situasi sebigini...
    semoge niat saudara hafiz yang murni itu akan diperkenan oleh Allah dan DIA akn mmbantu saudara untuk berubah kepada yang lebih baik...
    same2 lah kite berubah menjadi lebih pemurah...
    InsyaAllah...

    ReplyDelete

There was an error in this gadget